KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM350,000 ke atas seorang bekas pembantu penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM35,000, tiga tahun lalu. Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas Abol As Mohd. Jamil, 45, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan tertuduh gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen…

 
								 
											









