NARATHIWAT (THAILAND): Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat (MAIWN) menolak 20 permohonan pasangan bawah umur melibatkan rakyat Malaysia yang datang untuk bernikah di tiga pejabat agama Islam wilayah ini. Timbalan Yang Dipertuanya, Abdul Aziz Che Mamat berkata, ia selari dengan peraturan ketat yang dikuatkuasakan negara itu. “Selain itu kami (MAIWN) mempunyai memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia untuk tidak menikahkan pasangan bawah umur dari negara itu,” katanya…