GEORGE TOWN: Kerajaan negeri menerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang menunggu surat perjanjian ‘hitam putih’ daripada sebuah institusi penyelidikan pertanian utama di wilayah Fujian, China sebelum memulakan projek rintis khas iaitu padi ratun atau ‘ratoon rice’. Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, beliau menjangkakan surat tersebut akan diperoleh dalam masa yang terdekat ini. “Kerajaan negeri sendiri telah berjumpa dengan…










