Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua bermula hari ini - PLUS

Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua bermula hari ini – PLUS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pelaksanaan Pakej 1 bagi Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) bermula hari ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataannya memaklumkan, NAZA Engineering & Construction Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai kontraktor utama melalui proses tender terbuka bagi melaksanakan projek itu yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

“Pakej 1 merangkumi kerja-kerja menaik taraf bulatan di Persimpangan Bertingkat Timur-Barat (KM135.15 – KM135.4) serta pembinaan jejambat baharu di Jalan Tun Hussein Onn (KM133.5 – KM134.5).

“Pakej ini juga merupakan sebahagian daripada keseluruhan projek PTJSD yang bertujuan menyuraikan trafik di kawasan terbabit dan pelaksanaannya dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 200,000 pengguna harian dengan perjalanan yang lebih lancar,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, PLUS memberitahu, kerja-kerja awalan tidak akan menjejaskan aliran trafik memandangkan dua lorong sedia ada di kedua-dua hala lebuh raya masih dibuka kepada pengguna ketika ini.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai projek juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran media sosial rasmi PLUS,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN