GEORGE TOWN: Projek peluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kini berjalan lancar dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melaporkan kemajuan ketara bagi tiga pakej utama yang sedang dilaksanakan hasil inisiatif pembangunan bernilai kira-kira RM1.2 bilion yang bermula awal tahun ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, projek peluasan itu bukan sahaja meningkatkan kapasiti penumpang malah akan memposisikan negeri ini sebagai destinasi utama perniagaan dan pelancongan di rantau…