GEORGE TOWN : Kerajaan negeri kini sedang menyusun pelan pengurusan trafik dan logistik yang paling komprehensif menjelang pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Pulau Pinang. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, langkah itu diambil bertujuan untuk mengurangkan impak daripada kesesakan luar biasa yang mungkin berlaku disebabkan oleh projek tersebut. “Saya tak akan berdalih. Memang akan berlaku kesesakan sepanjang pembinaan LRT itu nanti.…