PETALING JAYA: Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (Pro-Net), anak syarikat Proton melancarkan Hab Pengecasan DC pertamanya di Proton Tanjung Malim, Perak. Hab tersebut dilengkapi dengan dua pengecas DC dan empat petak pengecasan dengan jumlah kuasa output stesen sebanyak 120 kilowatt (kW) membolehkan empat EV dicas serentak. Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, berbeza dengan kemudahan terdahulu yang dikendalikan penyedia pihak ketiga, ini merupakan infrastruktur pengecasan pertama Proton yang…