BESUT: Lazimnya Kampung Lampu di sini terkenal sebagai lokasi sering dilanda banjir, namun kini dibangunkan sebagai lokasi pelancongan baharu iaitu menerokai hasil laut dan sungai menggunakan bot. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Lampu, Musayyab Yusoh berkata, lokasi itu kaya dengan sumber alam, namun belum dikomersialkan sepenuhnya. “Kita menawarkan perkhidmatan menyewa bot gentian kaca kepada mereka yang ingin menerokai keindahan Sungai Kampung Lampu dengan memandu sendiri pengangkutan…










