Presiden parti komponen GRS hadiri mesyuarat khas di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah

Presiden parti komponen GRS hadiri mesyuarat khas di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah

GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Semua presiden parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghadiri satu mesyuarat khas yang berlangsung di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, Sri Gaya, malam ini.

Mesyuarat tertutup yang bermula sekitar pukul 7 malam itu dipercayai bertujuan mendapatkan pandangan setiap presiden parti mengenai hala tuju serta strategi gabungan tersebut menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Difahamkan, pertemuan itu turut menumpukan kepada isu kesepakatan dalaman parti komponen, khususnya selepas timbul spekulasi mengenai kedudukan Parti Solidariti Tanah Airku (Sabah STAR) dalam GRS, susulan desas-desus kemungkinan gabungan itu menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Sabah STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, sebelum ini menegaskan pendirian supaya GRS bertanding secara solo demi memenuhi aspirasi rakyat Sabah yang mahu wakil politik tempatan lebih dominan.

Sekitar pukul 9.45 malam, beberapa pemimpin dilihat meninggalkan Sri Gaya termasuk Jeffrey, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee serta Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Joachim Gunsalam, walaupun mesyuarat utama dipercayai masih berlangsung.

Mesyuarat malam ini dianggap penting dalam menentukan arah tuju GRS sama ada kekal bergerak sendirian ataupun mempertimbangkan bentuk kerjasama politik lain bagi memperkukuh kedudukan menjelang PRN akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN