Polis cari lelaki Indonesia larikan diri selepas kemalangan - Utusan Malaysia

Polis cari lelaki Indonesia larikan diri selepas kemalangan

WAN AZLAN WAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih mengesan lelaki warga Indonesia dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum merempuh tembok konkrit di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki terbabit masih dikesan selepas bertindak melarikan diri sejurus kemalangan itu.

“Kita masih mengesan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Media semalam melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum merempuh tembok konkrit di Plaza Tol LDP.

Wan Azlan dilaporkan berkata, pemandu dipercayai lelaki warga asing itu bertindak melarikan diri sejurus kemalangan berlaku meninggalkan kelindan yang cedera.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 0173012621 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Terdahulu tular di media sosial satu klip video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah lori sampah bergerak dari lorong paling kiri lalu ke kanan sebelum merempuh tembok konkrit di tengah-tengah sebuah plaza tol.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN