KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan membantah permohonan bekas pelakon dan model, Persana Avril Sollunda untuk menjalani pemeriksaan psikiatri kedua atas alasan keadaan kesihatan mentalnya semakin merosot. Dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suhaila Haron, peguam yang mewakili tertuduh, Rubhern Raj berkata, anak guamnya perlu menjalani pemeriksaan semula selepas mengadu ubat yang dibekalkan sebelum ini tidak lagi berkesan. “Saya mohon supaya satu lagi pemeriksaan psikiatri dijalankan kerana Persana memaklumkan ubat yang…