Perkahwinan 17 tahun Arash Mohamad, isteri terlerai - Utusan Malaysia

Perkahwinan 17 tahun Arash Mohamad, isteri terlerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rumah tangga yang dibina pelakon, Arash Mohamad dan isteri menemui titik noktah selepas 17 tahun bersama.

Berita itu dikongsikan bekas isterinya, Noor Afidahwati memaklumkan mereka berdua memilih menjalani kehidupan masing-masing sejak setahun lalu.

“Tujuan hantaran ini hanyalah untuk mengelak fitnah dan salah faham.

“Setahun sudah berlalu. Kisah 17 tahun kami berakhir dengan lafaz yang sah.

“Kini kami bukan lagi suami isteri, hanya dua hati yang pernah bertemu, lalu memilih jalan masing-masing,” kongsinya menerusi Instagram.

Reda dengan ketentuan takdir, Afidahwati berharap perpisahan ini akan memberikan ketenangan kepadanya.

“Semoga rasa tenang ini kekal, dan doa yang baik terus mengiringi setiap langkah,” tambahnya.

Untuk rekod, Arash mendirikan rumah tangga dengan Noor Afidahwati pada 25 Disember 2007. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN