Perak rekod lapan aduan BUDI95 - Utusan Malaysia

Perak rekod lapan aduan BUDI95

KAMALLUDIN Ismail (dua dari kiri) menyantuni pengunjung yang membeli barangan di pasar jualan Rahmah di Bangunan Persekutuan Ipoh, Perak hari ini.-UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak merekodkan lapan aduan mengenai program subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) termasuk dakwaan berlaku perbezaan isi padu petrol yang dibeli di pam stesen minyak.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, aduan itu adalah untuk tempoh dari 30 September sehingga 16 Oktober lalu.

Jelasnya, kebanyakan aduan adalah berkenaan liter isian petrol yang didakwa tidak sama dengan paparan meter di pam selain isu penggunaan sistem BUDI95.

“Kami telah laksanakan pemeriksaan dan tindakan, termasukah melibatkan sekali syarikat yang diberi amanah untuk menentusahkan isi padu minyak.

“Kani telah pergi bersama buat pemeriksaan dan mendapati keputusan liter itu di bawah seliseh (perbezaan) yang dibenarkan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025 di sini hari ini.

Kamalludin berkata, daripada lapan aduan itu, lima telah selesai, tiga lagi masih dalam siasatan manakala tiada sebarang aduan berkenaan penyalahgunaan kad pengenalan atau MyKad oleh warga asing untuk menikmati RON95 bersubsidi.

Selain itu katanya, KPDN negeri telah melaksanakan 576 pemeriksaan harian sejak bermulanya Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

Jelasnya, di Perak terdapat 154 syarikat membuat permohonan SKPS dan menyeru lebih banyak syarikat-syarikat yang layak untuk memohon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN