PASIR MAS: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah dengan menendang di bahagian muka sehingga menyebabkan patah tulang hidung bapa saudaranya, tahun lalu. Tertuduh, Mohd. Zakila Isa, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Majistret Syed Farid Syed Ali dan mohon untuk dibicarakan. Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang lelaki…