PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengetua dan guru besar supaya tidak menyembunyikan apa-apa kes buli, jenayah serta salah laku disiplin hanya kerana mahu menjaga imej dan reputasi sekolah. Perdana Menteri berkata, perkara itu jika dibiarkan berterusan boleh diibaratkan seperti melindungi perbuatan jenayah. “Antara punca masalah ini berlaku ialah salah faham atau keutamaan pihak pentadbir sekolah yang lebih cenderung melindungi imej sekolah berbanding menangani masalah sebenar. “Kadang-kadang buli itu kecil,…