Pengecualian bayaran PTPTN

Pengecualian bayaran PTPTN: Definisi ijazah kelas pertama disemak semula

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyemak semula kriteria penerima pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan ijazah pertama yang memperoleh keputusan cemerlang.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, proses semakan semula itu penting bagi memastikan hanya pelajar layak, termasuk menepati definisi sebenar ‘kelas pertama’, diberikan pengecualian bayaran.

Katanya, semakan dasar ber­kenaan sedang dijalankan dan hasilnya dijangka diumumkan tahun hadapan.

“Ia bukan bermaksud menafikan hak mana-mana pihak. Kita akan lihat semula supaya mereka yang memenuhi ka­tegori kelas pertama benar-benar layak menerima pengecualian.

“Sekarang ini pun pelaksa­naannya hanya diberhentikan sementara. Setelah disemak, kita dapati dasar ini (pengecua­lian bayaran PTPTN) perlu dite­ruskan,” katanya selepas Majlis Anugerah Akademik Bahasa Melayu di sini semalam.

Penilaian semula turut meliputi aspek kualiti, keutuhan akademik dan terma rujukan pelajar yang layak bagi memastikan keadilan antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

“Kita tidak mahu membezakan antara universiti, mesti ada asas kukuh menentukan kelayakan kerana kita mempunyai lebih 392 IPTS di seluruh negara, jadi penilaian ‘kelas pertama’ perlu diteliti semula. Sebelum ini kita ambil pendekatan semua yang dapat kelas pertama layak, namun kini kerajaan mahu pastikan ada piawaian yang jelas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN