Pengaruh bahan lucah punca rogol suka sama suka di Kelantan

Pengaruh bahan lucah punca rogol suka sama suka di Kelantan

MOHD. Yusoff Mamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengaruh bahan lucah menjadi penyumbang kepada berlakunya kes rogol suka sama suka dalam remaja bawah umur di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihaknya ke atas telefon bimbit milik remaja terlibat.

“Walaupun berlaku atas dasar suka sama suka, namun bila melibatkan remaja perempuan bawah umur 16 tahun, kes itu dikategorikan sebagai kes rogol mengikut peruntukan undang-undang.

“Perlakuan itu diketahui ibu bapa, guru atau doktor membuat laporan kepada polis berkaitan kejadian tersebut,” katanya selepas merasmikan Program Citra Remaja Unggul di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra di sini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad.

Mohd. Yusoff berkata, kes jenayah seksual di Kelantan menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila statistik mencatatkan kenaikan sebanyak 35.8 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.

Katanya, berpandukan rekod, sebanyak 349 kertas siasatan dibuka dari Januari hingga September lalu berbanding 257 kes dalam tempoh sama tahun lepas  sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 92 kes.

“Peningkatan ini menunjukkan keperluan semua pihak memainkan peranan lebih serius dalam membendung gejala sosial melampau yang semakin membimbangkan.

“Gejala rogol dan sumbang mahram kini muncul sebagai musuh sosial berbahaya yang boleh menggugat keharmonian keluarga serta menghancurkan masa depan generasi muda,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN