KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh dua anggota polis dengan melanggar mereka menggunakan kereta, dua bulan lalu. Tertuduh, Quah Mun Foo, 49, didakwa dengan sengaja cuba menyebabkan kematian Koperal Imanuil Soineh, 34, dan Sub Inspektor Mohd. Nor Erzuwan, 38, menggunakan kenderaan jenis Perodua Alza sedangkan mengetahui perbuatan itu boleh membawa maut. Perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Jalan Tasik…