KUALA LUMPUR: Pendirian Malaysia terhadap pelan damai yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berhubung konflik Palestin-Israel dijangka menjadi antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman rasmi Parlimen, isu berkenaan akan dibangkitkan oleh Datuk Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) menerusi sesi Waktu Pertanyaan Menteri kepada Perdana Menteri. Beliau turut meminta penjelasan mengenai sejauh mana pelan tersebut selaras dengan prinsip serta…