PETALING JAYA: Malaysia kini berdepan bentuk ancaman dadah yang semakin mencabar dengan kemunculan bahan psikoaktif baharu (NPS) dan penggunaan teknologi digital dalam aktiviti pengedaran bahan terlarang itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, kerjasama dengan institusi akademik seperti UiTM dilihat penting dalam memperkukuh kajian saintifik, inovasi dasar, dan pembangunan modul pendidikan anti dadah di peringkat nasional. “Inisiatif ini juga menyokong hasrat JSJN untuk memperkukuh integriti,…