KOTA TINGGI: Penahanan rakyat Malaysia bersama peserta Global Sumud Flotilla (GSF) oleh pihak Israel perlu ditangani secara diplomatik tanpa memerlukan tindakan ketenteraan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau berharap rakyat mendoakan keselamatan kesemua yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu dan memberikan sokongan penuh kepada usaha yang sedang dilakukan kerajaan. Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui saluran diplomatik telah menghubungi negara sahabat untuk membantu bagi memastikan…