KUALA TERENGGANU: Pas mendakwa wujud ketidakseimbangan agihan pembangunan wilayah dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang diumumkan baru-baru ini. Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, meskipun belanjawan kali ini memperincikan pelbagai inisiatif penting bagi kesejahteraan rakyat dan pengukuhan ekonomi negara, masih wujud jurang ketara khususnya melibatkan negeri-negeri Pantai Timur. Katanya, pembangunan nasional tidak seharusnya terus berpusat di wilayah tengah dan selatan Semenanjung, sebaliknya perlu dilaksanakan secara adil serta menyeluruh agar…