Pemandu lori tangki cabut lari tinggal ganja RM204,000 - Utusan Malaysia

Pemandu lori tangki cabut lari tinggal ganja RM204,000

Pemandu lori tangki cabut lari tinggal ganja RM204,000
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Cubaan menyeludup dadah dipercayai ganja menggunakan sebuah lori tangki dari Thailand gagal hasil tindakan pantas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini malam tadi.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, operasi pukul 11.25 malam yang dilakukan pasukan risikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersama AKPS serta Unit Mesin Pengimbas Kargo (UMP Cargo) itu berjaya menemukan dua kotak berwarna coklat disorok di bawah tangki lori berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati enjin kenderaan masih hidup namun pemandu tiada di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan lanjut di bawah tangki lori berkenaan menemukan kotak mengandungi 65 ketulan daun kering disyaki ganja yang dibalut plastik lutsinar dengan anggaran nilai pasaran RM204,000.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori tangki yang dianggarkan bernilai RM250,000 menjadikan jumlah keseluruhan rampasan RM454,000,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, barangan rampasan diserahkan kepada Unit Narkotik JKDM Alor Setar untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman berat termasuk hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN