PETALING JAYA: Malaysia mahu pelan damai yang sedang berlangsung di Gaza menjadi gencatan senjata kekal sekali gus merintis pembentukan negara Palestin merdeka. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mengalu-alukan inisiatif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengusahakan pelan damai itu namun melihatnya sebagai gencatan senjata yang rapuh. “Kami memantau dari semasa ke semasa, ada sedikit sinar walaupun samar untuk menuju ke arah keamanan, (sebab itu) Malaysia antara…