Pelakon Indonesia edar dadah dalam penjara - Utusan Malaysia

Pelakon Indonesia edar dadah dalam penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon, Ammar Zoni berpostensi dipenjara seumur hidup atau dihukum mati selepas dibuktikan bersalah mengedar dadah dalam penjara.

Ketua Bahagian Jenayah Balai Polis Jakarta Pusat, Fatah Chotib Uddin memaklumkan Ammar merupakan antara enam tahanan yang mengedar dadah jenis syabu dan tembakau sintetik ke Penjara Selamba, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua tahanan menyembunyikan dadah jenis syabu, ganja dan tembakau sintetik dalam bilik mereka,” katanya.

Fatah dalam masa yang sama mendedahkan penggunaan aplikasi Zangi yang digunakan sebagai medium komunikasi untuk menyeludup dadah berkenaan ke dalam penjara.

“Pihak penjara segera memindahkan kesemua tahanan terbabit ke dalam sel berlainan selepas mengenal pasti tindak tanduk mereka yang mencurigakan,” katanya.

Ammar pada pernah dipenjarakan pada 2017 kerana memiliki dadah jenis ganja dan syabu.

Pempengaruh tersohor Indonesia itu sekali lagi dimasukkan ke penjara pada 2023 berhubung kes yang sama sebelum dibebaskan tujuh bulan kemudian.

Dia bagaimanapun sekali lagi ditangkap atas kesalahan sama selepas dua bulan dibebaskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN