Pelajar UM maut terjatuh, KPT serah siasatan kepada polis

Pelajar UM maut terjatuh, KPT serah siasatan kepada polis

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung kematian seorang pelajar Universiti Malaya (UM) yang dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediaman, minggu lalu kepada pihak berkuasa.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ketika ini perkara tersebut masih berada dalam siasatan lanjut.

“Kita serah kepada pihak berkuasa, pihak polis untuk menyediakan laporan (siasatan kejadian) itu. Jadi untuk peringkat ini, biarlah kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sewajarnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu (PAKAM) 2025 di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang mahasiswa UM maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediaman di universiti itu dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Susulan itu, polis mengesahkan kematian Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, 22, berpunca daripada kecederaan serius di kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN