ALOR SETAR: Penularan kluster influenza di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, Kuala Muda terkawal dengan hanya 22 daripada 302 pelajar yang mengalami simptom disahkan positif jangkitan itu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, pihak pengurusan institusi pendidikan itu mengambil tindakan awal termasuk membenarkan pelajar pulang bagi mengekang penularan. “Hanya 22 sahaja disahkan positif dan menerima rawatan di hospital tetapi mereka stabil, sementara pelajar lain dirawat sebagai…