GEORGE TOWN: Seorang pekerja swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kenalan wanitanya di sebuah hotel, Ahad lalu. Tertuduh, David Lau Heng Seng, 25, membuat pengakuan tersebut dan meminta supaya dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon. Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah merogol seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah hotel di daerah Timur Laut di sini kira-kira…