RANTAU PANJANG: Proses rundingan dengan pemilik dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja merobohkan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sini dilakukan melibatkan binaan di atas tanah persendirian. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri, Datuk Nik Raisnan Daud berkata, rundingan itu bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat. “Ada tanah-tanah yang kita sedang kesan pemilik. Ini kerana ada pemilik yang sudah meninggal dunia dan tinggal di Kuala Lumpur. “Jadi ambil masa sedikit…










