PBT perlu diberi kuasa sebagai barisan hadapan ketika krisis bencana

PBT perlu diberi kuasa sebagai barisan hadapan ketika krisis bencana

NGA Kor Ming ketika Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diiktiraf dan diberi kuasa sebagai barisan pertahanan pertama ketika berlakunya bencana dan krisis.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia penting memandangkan PBT sering menjadi pihak yang paling pantas bertindak apabila komuniti berdepan gangguan, sama ada bencana banjir atau kerosakan perumahan.

“Pengalaman Malaysia dalam menggerakkan bantuan banjir segera dan menyelaras pusat perlindungan kecemasan menggambarkan PBT sebagai tulang belakang kepada kawasan setempat.

“Kepimpinan mereka amat penting dalam memastikan perumahan, tanah dan perkhidmatan asas kekal diakses, di samping memperjuangkan penyelesaian inklusif dan mampan,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat Malaysia 2025 di sini, hari ini.

Justeru, katanya, setiap PBT perlu dilengkapkan dengan data masa nyata, pembiayaan mencukupi dan kerjasama kukuh dengan komuniti bagi memastikan pembinaan bandar dan pekan yang lebih berdaya tahan.

Kor Ming berkata, sebagai Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat), Malaysia akan terus berkongsi amalan terbaiknya dan belajar daripada negara lain dalam menangani cabaran bandar global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN