PETALING JAYA: Semua komuniti antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajib bangkit menekan Israel supaya segera membebaskan semua anggota flotilla tanpa syarat serta memastikan saluran bantuan ke Gaza tidak lagi diganggu. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Amerika Syarikat (AS) yang selama ini melindungi Israel digesa menggunakan kuasa dan pengaruh untuk memberi tekanan kepada rejim Zionis bagi membebaskan serta membenarkan misi kemanusiaan…