JIKA berkunjung ke Kuala Pilah, pasti ramai yang akan mencari keenakan masak lemak cili api yang menjadi menu kebanggaan masyarakat Negeri Sembilan. Namun, di Kampung Terachi, sebuah kafe kecil iaitu, Kupi dan Ghuti tampil dengan kelainan menerusi hidangan pasta daging salai masak lemak cili api yang jarang ditemui di tempat lain. Siapa menyangka, masak lemak cili api biasanya dinikmati dengan nasi, tetapi kali ini diolah dengan sentuhan barat yang…