PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan membanggakan dalam Henley Passport Index 2025, apabila pasport negara kini diiktiraf sebagai ranking ke-12 terkuat dunia setanding Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan tahunan indeks tersebut, pasport Malaysia membolehkan pemegangnya mengunjungi 190 negara tanpa perlu memohon visa atau dengan visa semasa ketibaan.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelum iaitu pada ranking ke-13, dengan akses kepada 180 destinasi.
Dalam senarai global, Jepun dan Singapura kekal di tangga teratas dengan akses ke lebih 193 negara.
Ia menunjukkan Malaysia mendahului beberapa negara Asia lain termasuk Thailand dan Indonesia.
Perubahan dasar visa di beberapa negara turut menyumbang kepada penurunan ini.
Pada April lalu, Brazil menamatkan kemasukan tanpa visa untuk rakyat AS, Kanada dan Australia kerana ketiadaan timbal balik.
Sebaliknya, beberapa negara lain memperluas senarai pengecualian visa, tetapi tidak kepada AS.
China dan Vietnam, misalnya, telah mengecualikan AS daripada senarai baharu negara yang layak menikmati pelancongan tanpa visa. – UTUSAN







