Pas tidak campur urusan dalaman Bersatu

Pas tidak campur urusan dalaman Bersatu

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas menganggap pergolakan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai perkara biasa yang akan selesai tidak lama lagi, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pelbagai kemungkinan berlaku dalam politik terutama perkara-perkara yang tidak akan dipersetujui semua pihak.

“Mungkin ada benda-benda yang dijolok di sana sini untuk hendak menimbulkan kekeruhan. Saya tidak mahu campur sebab itu hal dalaman parti Bersatu.

“Saya pun tidak tahu hendak ulas apa. Tidak ambil tahu sangat, bila mai dalam Perikatan Nasional (PN) bolehlah kerana itu baru urusan kita. Kalau dalam rumah tangga itu urusan dia saja tidak terbabit dengan kita,” katanya selepas Majlis Pelancaran TV Kedah di sini, hari ini.

Bersatu didakwa mengalami pergolakan dalaman apabila dikatakan wujud dua kem membabitkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Bekas Timbalan Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Hashim Suboh memberitahu Utusan Malaysia bahawa kewujudan dua kem membabitkan Muhyiddin dan Hamzah sudah tidak boleh diselindungkan lagi.

Dakwa Muhammad Sanusi, pergaduhan dalam UMNO lebih teruk sehinggakan UMNO Sabah meminta autonomi mereka dihormati oleh UMNO Pusat bagi membuat keputusan berhubung soal parti itu dalam PRN Sabah.

“Orang lain berkelahi teruk lagi, di Sabah UMNO sama UMNO pun kelahi. UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan UMNO di sini Presiden pun berkelahi.

“Biasa lah dalam politik, bila sampai ketika akan bersatu balik. Parti yang stabil dan tak ada isu dalaman ini Pas sahaja, dari dulu lancar sahaja, jadi rakyat Malaysia kena tengok kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sebagai alternatif untuk memimpin negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×