KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah dipanggil menghadiri satu mesyuarat bersama Majlis Raja-Raja di Istana Negara pada awal pagi tadi.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Anwar tidak dapat menghadiri sesi Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat untuk menjawab dua soalan yang telah disenaraikan.
“Sesi ini akan ditangguhkan ke tarikh lain. Saya harap perkara ini tidak akan dibangkitkan lagi,” katanya ketika memulakan persidangan Dewan Rakyat pada pukul 10 pagi, Selasa.
Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab lisan.-UTUSAN








