KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan bantuan sebanyak RM10 juta kepada 583 sekolah pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian langkah mengatasi masalah keciciran murid di negara ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah tersebut merangkumi 18 bantuan persekolahan termasuk bantuan perjalanan dan Pengangkutan Murid (PPM) serta Bantuan Jaket Keselamatan (JKM) bagi murid yang menggunakan pengangkutan air. Selain itu katanya, kerajaan menyediakan 30 Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) dan…