KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menubuhkan Jawatankuasa Khas Pelaksanaan EUDR di peringkat nasional bagi menangani kesan pelaksanaan Peraturan Penyahutanan Kesatuan Eropah (EUDR). Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pendekatan itu diambil sebagai usaha komited untuk memastikan Malaysia keluar daripada status ‘risiko standard’. “Kita ada tiga risiko dalam EUDR ini, risiko rendah, risiko standard dan risiko tinggi. Malaysia diletakkan di bawah risiko standard. “Dengan mengambil…