KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan tembok konkrit baharu di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand khususnya di kawasan berisiko tinggi bagi meningkatkan keberkesanan kawalan sempadan serta menjamin keselamatan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, pembinaan ini merangkumi jajaran berisiko seperti dari Chuping hingga Padang Besar di Perlis bertujuan menggantikan pagar kawad berduri lama yang sudah uzur dan mudah diceroboh. “Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13…