PARLIMEN: Malaysia bebas buat keputusan, pendirian ekoran jalinan baik semua negara

PARLIMEN: Malaysia bebas buat keputusan, pendirian ekoran jalinan baik semua negara

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:Hubungan dan kerjasama baik yang dijalin Malaysia dengan beberapa negara lain termasuk kuasa besar tidak menghalang negara untuk terus mengambil pendirian serta keputusan yang bebas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk dalam menjalinkan hubungan dengan negara seperti Iran yang sering menjadi tumpuan geopolitik.

“Malaysia satu-satunya negara ASEAN yang masih meneruskan hubungan dengan Iran walaupun tidak dipersetujui banyak negara lain. Bagi kita hubungan kita dengan Iran, kita akan teruskan.

“Dengan Kesatuan Eropah (EU), mereka sudah percepatkan rundingan perdagangan, yang dihalang sekian lama untuk diselesaikan akhir tahun ini atau awal tahun depan. Dengan Afrika dan Amerika Latin, dulu (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) bagi tumpuan kepada Afrika, tapi sudah agak ketinggalan, (jadi) kita tingkatkan semula.

“Sebab itu, kita lihat negara selatan Afrika iaitu Ethiopia sudah ke Malaysia. Bila ada mesyuarat G20 di selatan Afrika, saya akan ambil kesempatan melawat negara Afrika untuk meletakkan kepentingan Malaysia di Afrika. Selain Amerika Latin kerana (Presiden Brazil, Luiz Inacio) Lula (da Silva) itu antara sahabat dan rakan baik kita,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN