KUALA LUMPUR: Usaha melindungi hak dan kesejahteraan kanak-kanak di negara ini perlu dijadikan keutamaan nasional yang melangkaui sempadan politik dan agenda lain. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, tanggungjawab berkenaan bukan sekadar tuntutan undang-undang, sebaliknya merupakan janji moral yang mencerminkan martabat dan nilai kemanusiaan sesebuah negara. “Hak kanak-kanak terhadap keselamatan, pendidikan, pemakanan dan perlindungan tidak boleh dipisahkan mengikut garis politik sama ada daripada kerajaan atau pembangkang. “Tanggungjawab…