KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak terhadap mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek pembangunan mengikut jadual ditetapkan. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pengeluaran notis tujuan penamatan kontrak merupakan antara langkah terakhir yang diambil terhadap mana-mana perunding atau kontraktor yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka sebagaimana termaktub dalam perjanjian. “Antara punca kelewatan dan kegagalan pelaksanaan projek termasuk kelemahan pengurusan kontraktor dalam aspek pelaksanaan dan kewangan, masalah logistik…