KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan tindakan ke atas pemilik hartanah yang membenarkan premis mereka digunakan sebagai pusat panggilan penipuan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah bagaimanapun berkata, pihaknya mengakui terdapat kelemahan dalam memerangi jenayah siber yang semakin canggih berikutan kemajuan teknologi yang pesat. “Salah satu isu kritikal adalah ketidakserasian undang-undang dengan realiti jenayah siber. “Undang-undang sedia ada dilihat terlalu ringan atau ketinggalan…