KUALA LUMPUR: Pendirian Malaysia khususnya terhadap Palestin menjadi antara tumpuan utama pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang bermula hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pada sesi soal jawab meminta Menteri Luar menjelaskan perubahan utama dalam pendirian dasar luar Malaysia selepas Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam khususnya berkaitan situasi di Palestin. Sementara itu, Datuk Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya…