KUALA LUMPUR: Seorang wanita Indonesia yang melumur serbuk cili ke dalam seluar dalam rakan senegaranya sebelum mencungkil mata dan mencucuk badan mangsa menggunakan gunting dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Mazuliana Abdul Rashid turut mengenakan denda RM3,000 terhadap tertuduh, Erna Wati, 41, selepas merekodkan pengakuan bersalah wanita berkenaan yang dilihat menangis sepanjang prosiding. Wanita itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Dyah Ayu…










