Op Grip : Sitaan meningkat RM83 juta

Op Grip : Sitaan meningkat RM83 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Hasil pemeriksaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap enam buah gudang dan kontena di Jalan Kebun, Shah Alam mendapati terdapat penipuan label pada 17,672 biji tayar yang disita.

Pemeriksaan yang turut dijalankan bersama wakil teknikal dari jenama tayar mendapati pembelian kesemua sitaan dilakukan menerusi pengedar tidak sah.

Satu sumber berkata, tayar dirampas juga tidak didaftarkan selain diseludup atau diimport secara tidak sah dan boleh menyebabkan keselamatan pengguna mengalami risiko berbahaya.

Kata sumber itu, satu pemeriksaan menyeluruh dijalankan bersama wakil dari jenama masing-masing seperti Toyo Tires, Yokohama, Bridgestone, Michelin, Pirelli, Continental & Dunlop, dan Maxxis selain disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta SIRIM.

“Tujuan pemeriksaan adalah bagi mengenalpasti ketulenan tayar yang dijual dan disimpan di pasaran tempatan.

“Selain mengesahkan pematuhan kepada piawaian keselamatan (DOT, TOT, E-Mark, CCC, SIRIM), mengesan penjualan tayar melalui saluran tidak sah atau tidak berdaftar serta menilai risiko keselamatan tayar kepada pengguna,” katanya di sini.

Tambah sumber, SPRM telah membekukan akaun bank persendirian, serta akaun syarikat-syarikat yang berkaitan, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM70 juta.

“Selain itu, beberapa aset telah disita yang disyaki telah diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram iaitu enam lot tanah yang dijadikan tapak untuk gudang atau kontena bernilai RM4.5 juta,” jelasnya.

Tambah sumber, sitaan turut dilakukan membabitkan dua unit rumah teres dua tingkat dengan nilai anggaran RM2 juta selain Town House RM2 juta (seunit) ; rumah kedai empat tingkat RM4 juta (seunit).

Jumlah ini menjadikan jumlah sitaan keseluruhan RM83 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin Ketika dihubungi mengesahkan mengenai maklumat berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Minggu lalu, SPRM menggempur beberapa syarikat di 23 lokasi seluruh negara dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup tayar serta pemalsuan dokumen import dan eksport sehingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hasil cukai sekitar RM350 juta sejak tahun 2020 hingga kini.

Serbuan itu dijalankan ke atas syarikat yang menjalankan perniagaan mengimport, gudang dan kontena penyimpanan tayar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN