Peminat pertahankan Deepika Padukone berhijab - Utusan Malaysia

Peminat pertahankan Deepika Padukone berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Peminat Deepika Padukone tampil mempertahankan aktres Bollywood tersebut yang teruk diserang kerana tampil memakai hijab dalam iklan pelancongan Abu Dhabi baru-baru ini.

Ramai penguna Instagram memuji penampilan pelakon itu dalam iklan tersebut meskipun dia bukan beragama Islam.

“Masya-Allah, anda kelihatan sangat cantik memakai hijab,” komen netizen.

”Hormati semua agama dan tutup aurat ketika berada di tempat ibadah, cukup,” komen seorang lagi netizen.

Deepika menerusi video tersebut mengenakan arbaya berwarna merah selain selendang dengan warna sama untuk menutup rambutnya.

Turut membuat kemunculan dalam iklan berkenaan adalah suaminya, Ranveer Singh.

Terdahulu, ramai netizen yang mempertikaikan tindakan aktres itu berpakaian Muslimah dalam iklan berkenaan.

Selain menuduh Deepika sebagai hipokrit, sejumlah besar pengguna media sosial menyatakan rasa tidak senang mereka terhadap penampilannya dalam video terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN