Namron mudah 'tergoda' dengan lelaki yang bijak, berilmu

Namron mudah ‘tergoda’ dengan lelaki yang bijak, berilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Namron mendedahkan dirinya kagum dengan lelaki yang bijak, berpengetahuan tinggi dan petah berbicara tanpa bersikap angkuh.

Namron atau Shahili Abdan berkata, dia tidak mudah jemu mendengar serta berbual dengan golongan sedemikian selain menyifatkan setiap butir bicara yang dilontarkan bernilai.

“Saya mudah ‘tergoda’ dengan lelaki yang pintar, berilmu, petah bila berbicara dan tidak menyombong diri.

“Saya akan duduk mendengar bila dia bercerita kerana kata-katanya bagai emas yang berharga,” katanya.

Tambah pelakon filem Qifarah itu, rasa kagum terhadap individu tersebut bahkan tidak mampu diselindungkan dan perlu dikongsikan kepada umum.

“Ada masanya, apa yang saya rasa, terkeluar dengan kata. Selamat Malam Malaysia,” kongsinya.

Namron berkongsi perkara itu menerusi platform media sosial miliknya sekaligus menyorot perhatian ramai.

Difahamkan, hantaran itu mempunyai kaitan dengan sokongan serta rasa hormat terhadap pendirian aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad atau dikenali sebagai ZRA.

Sebelum ini, Namron memuji tindakan ZRA yang memilih untuk terus pulang secara diam-diam sebaik tiba dari Turkiye, Istanbul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tanpa mengharapkan sebarang liputan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN