SEKUMPULAN saintis melaporkan penemuan mumia tertua di dunia di Asia Tenggara yang dianggarkan berusia sehingga 12,000 tahun. Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS) pada Isnin lalu, disifatkan sebagai bukti tertua amalan mumifikasi manusia, menerusi analisis terhadap puluhan tapak pengebumian. Proses pengawetan mayat yang menghalang pereputan dan memelihara tubuh boleh berlaku secara semula jadi di kawasan seperti Gurun Atacama di Chile atau paya gambut…