KUALA LUMPUR: Kejayaan misi flotilla kemanusiaan ke Gaza bukan hasil inisiatif kerajaan sebaliknya digerakkan oleh semangat juang anak muda Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil berani mengetuai usaha itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan hanya memainkan peranan sebagai penyokong dan pemudah cara bagi memastikan misi berkenaan berjalan lancar. “Saya tidak boleh ambil kredit atas usaha ini. Anak muda Malaysia yang ambil inisiatif. Kerajaan hanya menyokong…