KUALA NERUS: “Kalau kita berhenti bercakap tentang Palestin, bermakna kita beri kemenangan kepada musuh.” Itu semangat dipegang dua aktivis kemanusiaan, Muhammad Abdullah, 32, atau lebih dikenali dengan Ustaz Mad Kecik dan Mohd. Asmawi Mukhtar, 52, yang selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, hari ini. Suasana hiba menyelubungi LTSM apabila dua aktivis kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) itu tiba di Terengganu sekitar pukul 2.30…